Saturday, 31 May 2014

             La Tahzan ........

Bagi mereka yang menghadapi ujian dunia, sebenarnya engkau disayangiNya. Jangan sesekali kau
bersedih . Kau diuji , anggap itu kebahagiaan yang menimpamu , jangan sesekali jatuh . Jiwamu tetap akan 
menderita ke mana sahaja engkau pergi hingga ke hujung dunia, jika kau tidak mencampakkan kesedihan itu 
jauh darimu.Pasti ada kesenangan selepas itu , jangan menemplak dirimu sesudah kau menerima ujian itu . Allah Maha Mengetahui apa yang kau rasai . Keperitan itu baru sedikit yang ada. Lihatlah dunia !!Masih ramai  lagi yang ditimpa musibah jauh lagi berat darimu . Insan yang menghadapi ujian sebenarnya Allah rindukannya dan Dia memerintahkan malaikat untuk menghantarkan hadiah iaitu ujian kepada hamba - hambaNya . Bebanggalah dirimu wahai insan . Jangan memandang rendah pada ujian itu , kerana itu adalah hadiah Allah kepada kita semua


.